Falsafah
- Bahasa Melayu mesti berdaulat, bermaruah, dan bermartabat untuk menjadi jati diri Malaysia.
- Pendidik bahasa Melayu perlu menjana kepemimpinan ikhtisas dalam profesion keguruan pada semua peringkat pendidikan untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai jati diri Malaysia.
- Peningkatan martabat pendidik bahasa Melayu perlu dicapai dengan pengiktirafan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan dan kepemimpinan ikhtisas keguruan yang ditawarkan.
- Peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepemimpinan perlu diusahakan secara berterusan melalui latihan yang sesuai.
