Keahlian
- Keahlian persatuan terbuka kepada semua individu yang berkelayakan, berumur 18 tahun ke atas, atau individu yang menyokong tujuan penubuhan persatuan.
- Persatuan mempunyai lima kategori keahlian:
- Ahli Biasa: Individu yang sedang / pernah mengajar bahasa Melayu di semua institusi pendidikan; layak menikmati segala kemudahan, termasuk hak menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan, mengambil bahagian dalam kegiatan persatuan, mengundi, dan hak memegang jawatan.
- Ahli Bersekutu: Individu yang menggunakan bahasa Melayu dalam pengajarannya atau berjuang mendaulatkan bahasa Melayu termasuklah pelajar ijazah lanjutan dan bukan warganegara; layak menikmati hak sebagai ahli tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang jawatan.
- Ahli Kehormat: Individu yang memberi sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan bahasa Melayu yang menjadi ahli atas pelawaan Jawatankuasa Eksekutif; layak menikmati hak sebagai ahli tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang jawatan.
- Ahli Institusi: Institusi bahasa Melayu; layak menikmati hak sebagai ahli tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang jawatan.
- Ahli Seumur Hidup: Individu berkelayakan yang telah membayar RM200; layak menikmati segala hak dan kemudahan yang diperoleh sebagai ahli biasa.
- Ahli Pelajar: Individu pelajar institusi pendidikan yang berusia 18 tahun ke atas (tertakluk kepada kebenaran bertulis oleh Naib Canselor / Ketua Institusi masing-masing); layak menikmati hak sebagai ahli tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi atau memegang jawatan.