Strategi
- Melaksanakan kempen menambah keahlian bagi setiap negeri di Malaysia ke arah menyatukan pendidik bahasa Melayu daripada semua peringkat pendidikan melalui pengedaran maklumat dan ceramah
- Mengadakan bengkel mengikut zon bagi mengemas kini pengetahuan ahli tentang bahasa dan kebahasaan, perkaedahan pengajaran, pentaksiran bahasa, dan literasi asas
- Mengadakan bengkel dan seminar bagi memantapkan kemahiran ahli dalam pengurusan panitia bahasa Melayu, kajian tindakan, pengucapan awam, penampilan diri, komunikasi berkesan, kepemimpinan, dan waja diri
- Membangunkan arkib dalam laman web yang mengandungi bahan meliputi bahan keteorian dan penyelidikan tentang bahasa, perkaedahan pengajaran dan teknologi semasa, bahan bantu autentik, dan pentaksiran bahasa
- Menyediakan senarai kepakaran bidang bahasa dan pengajaran bahasa Melayu untuk rujukan ahli / umum
- Menerbitkan jurnal / buletin elektronik untuk bacaan ahli dan mengadakan bengkel penulisan jurnal dalam usaha membudayakan penulisan akhtisas
- Menubuhkan tabung kebajikan dan berusaha menjana kewangan
