Pendidik bahasa pembina jati diri bangsa

Tujuan

  • Mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
  • Menyatukan pendidik dan pejuang bahasa Melayu dalam sebuah organisasi terancang untuk kepentingan profesionalisme keguruan;
  • Menghimpun tenaga pakar dalam bidang pendidikan bahasa Melayu untuk menjana idea ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu;
  • Menyediakan wadah untuk perbincangan tentang pelbagai permasalahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu;
  • Menyebarluaskan maklumat-maklumat terkini dan relevan tentang perkembangan dan penyelidikan tentang bahasa dan pengajaran bahasa Melayu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
  • Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia.