Wawasan
Bidang pendidikan dan para pendidik mempunyai peranan dan pengaruh penting dalam pembinaan jati diri Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai jati diri Malaysia berasaskan prinsip bahasa jiwa bangsa, pendidik bahasa Melayu perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Secara khusus, pendidik bahasa Melayu hendaklah menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menjana kepemimpinan ikhtisas pada semua peringkat pendidikan, sekali gus meningkatkan pengaruh mereka dalam pembinaan jati diri Malaysia dan mengangkat martabat pendidik bahasa Melayu serta profesion keguruan.
